25 June 2014

ISU LAPOR POLIS - AZWAN KOMBOS NAFI 'UGUT' NAD ZAINAL



Jika sebelum ini Nad Zainal telah membuat satu laporan polis mendakwa diganggu oleh bekas teman lelakinya Azwan Kombos, hari ini Azwan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak pernah mengganggu Nad.

Menurut Azwan, meskipun hubungan mereka telah berakhir, dia tidak pernah menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas teman wanitanya itu.





"Saya pelik kenapa isu ini timbul lagi kerana saya tidak pernah ganggu dia seperti didakwa. Tolonglah jangan kaitkan saya dengan dia lagi.

"Dia ada kehidupannya sendiri dan saya sudah pun meneruskan kehidupan saya," jelasnya kepada media.



Untuk makluman, menurut laporan akhbar, Nad mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya.

Laporan itu turut menyebut wanita berkenaan mengugut akan mengaibkan Nad kepada wartawan kerana bertindak memutuskan hubungan cinta dengan Azwan.

Diakibatkan curiga dan keliru, Nad yang terasa diancam selanjutnya terpaksa membuat laporan polis.



"Saya tidak tahu mengenai perkara itu malah tidak kenal siapa wanita yang dimaksudkan menggangu dia (Nad)," ujar Azwan yang enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Nad membuat laporan polis terhadapnya.

"Saya tidak tahu hendak komen apa mengenai laporan yang dibuat dan akan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya," tambahnya.


         ________________________


No comments: