Tiada jodoh!
Demikian luahan hati bekas anggota Phyne Ballerz, Munir yang kebelakangan ini aktif dalam lakonan dan lawak. Dia mengakui sudah menceraikan isterinya, Yuhaznimie Yaakob pada 18 Jun 2014 dan sekaligus memfailkan penceraian di Mahkamah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
"Jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama tetapi atas permintaan dia. Dalam perceraian, saya perlu memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah suatu hari nanti. Sekarang bekas isteri masih dalam tempoh edah.
"Sebenarnya sudah setahun kami cuba memperbaiki hubungan ini malah kami juga pernah mengambil pendekatan untuk pergi bercuti bersama. Tetapi akhirnya berpisah juga jalan terbaik untuk kami.
"Awalnya saya terkejut tetapi selepas menjatuhkan talak, hati saya rasa tenang. Ini merupakan pengajaran dalam hidup saya dan ianya adalah ketentuan Allah," ujar Munir dipetik sebagai berkata.
Untuk info, Munir dan Yuhaznimie telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2007. Bagaimanapun, perkahwinan selama hampir tujuh tahun itu tidak dikurniakan cahaya mata.
________________________
No comments:
Post a Comment