Gara-gara tidak membuat majlis resepsi di Kuala Lumpur, entah kenapa ada rakan artis yang 'sentap' dengan tindakan Almy Nadia dan suaminya Fizz Fairuz. Akibatnya, ada mulut yang berbisik di belakang memburukkan pasangan itu yang hanya sekadar membuat majlis di kampung halaman.
"Memang dari awal saya tidak bercadang untuk buat majlis di Kuala Lumpur dan tidak sangka pula ada yang mempersoalkan perkara itu.
"Saya jemput semua orang yang saya kenal tetapi ada di antara mereka tidak hadir kerana alasan jauh dan sebagainya.
"Mungkin banyak yang kami lalui sebelum ini namun itu semua suatu pembelajaran buat kami dan kini Alhamdulillah dapat merasai nikmat berumah tangga," ujar Almy dipetik sebagai berkata ketika ditemui media pada majlis 'Cherita Di Hari Raya Habib Jewels' di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Almy dan Fizz bernikah pada 26 Mei lalu dan mengadakan dua resepsi perkahwinan iaitu di Pulau Pinang dan Raub, Pahang.
Mereka berdua kini semakin bahagia melayari alam perkahwinan selepas hampir 10 tahun bercinta.
Klik gambar untuk size besar
________________________
No comments:
Post a Comment