23 July 2014

DAKWA DIMAKI & DISIHIR - EZANY 'DEDAH' WAJAH 'KEKASIH GELAP' ISTERINYA



Makin hari makin hangat isu rumah tangga Ezany Nizariff dan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin yang mempunyai pelbagai kisah misteri. Awalnya sekadar meminta cerai, kemudian hilang ghaib waktu subuh dan terkini Ezany mendakwa dia telah disihir pula.

Namun apa yang pasti, sebelum ini Ezany prnah membuat pengakuan bahawa kebahagiaan rumah tangganya tergugat gara-gara kehadiran 'kekasih gelap' yang mempunyai skandal dengan isterinya. Akibat perbuatan tersebut, dia dan isterinya bagaikan sudah berada di hujung tanduk, hingga mendakwa berlaku kes melarikan diri bersama kekasih.





Terkini, entah apa yang menggerakkan hati Ezany, dia semalam telah memuat naik sekeping foto mesra Lizda dengan seorang jejaka yang di dakwa menjadi dalang kehancuran rumah tangganya. Lebih teruk, dia juga mendakwa dirinya telah disihir dan dimaki 'macam sial'.

Harapan kita, moga Ezany dan isterinya dapat menyelesaikan kekusutan tersebut secara baik tanpa sebarang perbalahan. Jika sudah tidak serasi atau rumah tangga tidak dapat diselamatkan lagi, berpisahlah cara bermaruah sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.



Klik untuk imej besar



         ________________________


No comments: