08 July 2014

DIKURNIA BAYI LELAKI - 'MUHAMMAD', NAMA ANAK KETIGA LAN KRISTAL



Akhirnya, isteri Lan Kristal, iaitu Nur Sheila Hassim selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 4.24 pagi semalam.

Artikel terdahulu:

Bayi lelaki mereka itu telah diberi nama 'Muhammad'. Difahamkan, bayi dan ibunya kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.





"Alhamdulillah... Isteri saya dah selamat melahirkan hero kami MUHAMMAD pd jam 4:24 pagi td. Terima kasih kpd semua yg mendoakan ya! Nanti saya upload pic hero kami," ujar Lan menerusi laman sosialnya.

Untuk rekod, Lan dan Shiela mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Hasil perkahwinan selama 5 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan sebelum ini .





         ________________________


No comments: