31 July 2014

HARAM 'BERSELFIE' DI PERKUBURAN JIKA NIAT BERSERONOK - MUFTI PERAK



"Tindakan sebegini (berselfie) sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajarnya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok," demikian komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai tindakan seorang artis yang berselfie sampai terpijak kubur keluarga lain.

Tambahnya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.







"Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, artis terbabit dilihat telah memadam gambar kontroversi itu dan memohon maaf di atas ketelanjurannya itu di laman sosial. Katanya dia tidak berniat untuk menimbulkan kemarahan atau menghina sesiapa dengan berkongsi foto tersebut.



Kenyataan mohon maaf



         ________________________




No comments: