Gambar menarik pelakon dan pengacara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, menziarahi dan sekaligus beraya bersama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nampaknya, Neelofa makin manis sejak berhijab dan rezekinya juga bertambah murah.
Klik gambar untuk size besar
Bagaimanapun, bila ditanya mengenai dua filemnya yang bakal ditayangkan sekitar hujung tahun ini di mana dia masih belum mengenakan hijab, katanya dia tidak pernah merasa bimbang dengan kritikan masyarakat.
"Saya tak ada masalah dua filem saya iaitu ‘Pilot Cafe’ dan ‘Dolah Superstar’ menampilkan gaya lama saya. Bagi saya perkara itu dah lama dan ia sudah selesai. Saya harap peminat faham dan beri sokongan pada dua filem tersebut," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, mengenai kritikan sesetengah pihak yang berpendapat dia tidak lagi sesuai mengacarakan rancangan hiburan 'Meletop' setelah berhijrah, katanya pihak produksi lebih menyokong tindakannya untuk berhijrah.
"Alhamdulillah, krew Meletop memberi sepenuh sokongan kepada saya untuk bertudung. Pada awalnya saya risau juga dengan penerimaan penonton. Tapi menurut produksi, ‘rating’ semakin tinggi sejak saya bertudung. Saya rasa hal itu tak perlu diperbesarkan.
"Walaupun kini berhijab, saya akan sesuaikan fesyen dan konsep rancangan itu sendiri supaya lebih segar,” katanya kepada media baru-baru ini.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment