01 August 2014

BANTU SUAMI SAKIT - ISTERI YAZID SEARCH BERSENGKANG MATA JUAL KRAFTANGAN



Pengorbanan seorang isteri adakalanya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Demikian halnya dengan isteri pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmad yang bersengkang mata menyiapkan barangan kraftangan untuk membantu suaminya yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Wajah Yazid sebelum ini dan sekarang




Untuk info, isteri Yazid bertungkus lumus menghasilkan pelbagai kraftangan seperti kotak tisu, tas tangan dan perhiasan rumah menggunakan manik untuk dijual kepada rakan-rakan dan peminat.

"Dia tidak mahu kami meminta-minta dan selagi ada kudrat untuk mendapatkan wang dia akan cuba sedaya upayanya untuk membantu saya dan pengorbanannya itu membuatkan saya cukup terharu.

Barangan kraftangan yang dihasilkan


"Kadang-kala dia bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan, namun Alhamdulillah hasil kerja tangannya cukup cantik dan mendapat banyak permintaan daripada pelanggan," ujar Yazid dipetik sebagai berkata.

Bagi yang tidak tahu, rawatan hemodialisis bagi mencuci buah pinggang Yazid ialah sebanyak empat kali sehari setiap empat jam dia memerlukan kos RM2,800 setiap bulan (tidak termasuk ubat-ubatan lain).



Bagaimanapun, buat masa ini Yazid masih belum boleh aktif dalam muzik bersama rakan seperjuangannya akibat penyakit tersebut.

"Bila mereka ajak saya buat persembahan saya rasa bersemangat betul kerana sudah lama tidak naik pentas. Muzik adalah satu-satunya perkara yang saya tahu lakukan dan berharap suatu hari nanti dapat beraksi semula," katanya yang turut mengajak sesiapa berminat mendapatkan barangan kraftangan yang dihasilkan oleh isterinya melayari laman Facebook dengan carian Sang Gendang.


         ________________________




No comments: