27 July 2014

KERANA ANAK, SITI NURHALIZA 'KEMPUNAN' BERAYA DI KAMPUNG



Hasrat Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa untuk beraya di kampung tidak kesampaian apabila terpaksa menghadiri konvokesyen anak tirinya Adib di Melbourne, Australia pada raya kedua.

"Sebenarnya kami dah rancang hendak beraya di kampung sahaja tetapi tiba-tiba Adib beritahu dia mahu kami ke majlis konvokesyennya pada raya kedua.





"Jadi kami pun bertukar plan. Pada raya pertama selepas sembahyang raya kami pun akan bertolak terbang ke Australia," ujar Siti yang akan berangkat ke sana bersama suami dan anak tirinya Adib.

"Namun kami tidak lama ke sana, hanya 2 malam sahaja," tambahnya yang baru sahaja keluar dengan album terbaru 'Fragmen'.


         ________________________




No comments: