Jika sebelum ini Rozana Misbun menceritakan penderitaannya berpisah dengan anak-anak kerana dihalang oleh suaminya Awie, terkini ada dakwaan lain pula yang mengatakan Rozana sebenarnya seorang penipu.
Sesuatu yang menarik, beberapa bukti turut disertakan oleh individu yang menamakan dirinya 'MyGothSoul' itu. Ianya diletakkan di Instagramnya dengan mendakwa yang Rozana telah berpura cedera untuk menyembunyikan perkara sebenar. Biar betul?
Daripada penelitian kami di Instagram tersebut, 'kawan baik' kepada Awie dan Rozana itu mengatakan yang dia tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana. Tujuannya hanyalah untuk membersihkan nama baik Awie yang tercemar dek drama isterinya.
Berikut adalah penjelasan 'MyGothSoul' mengenai apa yang berlaku:
VERSION 1: Saya rasa lama dah diam. Sebelum saya comment mohon semua faham bahawa apa yang Awie buat Tak betul Dan apa yang Rozana Buat LEBIH tak betul. Biar tuan punya badan nanti cerita di mahkhamah .Beberapa screenshot yang beredar di Facebook
Dan saya nAk Tolong #halizamisbun mencari jawapan yang dia cari.
Perenggan pertama: Tak tahu mana Datang gambar tu? Pasti Dari keluarga misbun sebab yang Ada collection iTu ialah #rozanamisbun especially gambar Dari semua sisi ni. Menurut Rozana dia tak pernah bagi Kat sesiapa pun sebab takut tersebar. Gambar masa hari pertama masuk hospital tak pulak dia tunjuk. Agaknya masa tu lighthing tak bagus kut jadi lebam tak nampak dramatic sangat.
Perenggan kedua: Keberanian tu halizamisbun memang Ada. Semua org tahu halizamisbun berani. Rozana dalam kesakitan masa ambik gambar tu? Tak delah sakit mana kut Kalau dia boleh suruh maid Tolong ambik gambar tu . Apa pun gambar tu koleksi peribadi. Kalau tersebar mesti lah Dari Rozana. Tak payah lah nAk innocent sangat. Drama keluarga misbun ni Dan banyak kami Lihat maklumlah keluarga pelakon. Dalam kesakitan yang teramat sangat tapi boleh chat panjang lebar semua. Lepas tu esok boleh keluar Pergi bangsar, putrajaya semua. Wah mesti kuat kan Rozana ni. Sampai boleh Pergi Jalan lepas kena pukul.
Perenggan Ketiga: Bak kata saya tadi, gambar tu ambik Pakai phone dia. Dalam phone dia. Dia yang tunjuk kan. Takkan lah tak ingat. Tapi saya pun Ada satu je gambar tu. Bukan Dari semua sisi . Hanya sisi depan. Di hantar melalui bbm. Cuba Tanya Kalau dia ingat. Dan Cuba Tanya Kat Siapa lagi Rozana ni mengadu domba Dan Kirim gambar gambar ni. Mungkin Dari situ dia boleh ingat.
Takkan amnesia kot. Cuba Tanya Tanya Kat Rozana brand brand handbag, atau kasut atau fesyen, ingat lagi tak? Kalau masih boleh ingat ok lagi lah tu
Satu statement Rozana buat didepan kami ialah “me ni dah terlalu banyak menipu sampai lupa apa yang me tipu”
I come from background of spouse abuse. Trust me in her case is not spouse abuse at all. Example, you caught your wife finish all your kids education fund over gambling or drug. What would you do?
Untuk makluman, 'MyGothSoul' turut memuat naik beberapa ‘screenshot’ yang didakwa perbualannya dengan Rozana Misbun. Salah satu yang mencuri perhatian ramai ialah ‘screenshot’ yang menunjukkan laporan polis dilakukan oleh Rozana untuk menutup cerita mengenai duit.
Pada anda yang membaca pendedahan 'MyGothSoul' ini, tepuk dada tanya selera. Ikhlasnya, kita tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah. Namun sebagai manusia, kita masih mampu berfikir dan memberi tafsiran atas apa yang berlaku.
Allahualam!
________________________
No comments:
Post a Comment