21 July 2014

SAMBUT AIDILFITRI TANPA SYAMSUL & SARAH - ISTERI YUSOF HASLAM SEDIH



"Saya rasa sedih kerana tahun ini saya akan beraya tanpa Syamsul dan Sarah," ujar isteri Datuk Yusof Haslam, iaitu Patimah Ismail.

Kesedihannya itu gara-hara Syamsul Yusof, 30, dan isterinya Puteri Sarah Liyana, 29, bakal menyamput Aidilfitri di Mekah. Difahamkan, mereka berdua kini sudah berada di tanah suci setelah menaiki penerbangan Saudi Airlines pada 18 Julai lalu.

"Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.





"Sudah alang-alang, mereka juga akan menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana beraya di Mekah pula," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Meskipun ketiadaan Syamsul dan Sarah, namun Patimah tetap bersyukur kerana tahun ini masih ada seorang menantunya iaitu Aeishah Zainal, isteri kepada Syafiq yang bakal beraya bersama keluarga mereka.



"Ingatkan tahun ini seronoklah sambutan raya kami kerana kehadiran dua menantu dalam keluarga tetapi Sarah dan Syamsul pula tiada.

"Sebagai ibu, pastinya saya berasa sedih, tetapi dalam masa sama tetap gembira dengan keputusan yang mereka buat itu dalam menjadi seorang umat Islam yang lebih baik.

"Jadi kami sekeluarga hanya menyambut Hari Raya ala kadar sahaja. Mujurlah Syafiq dan isteri bersama kami," katanya.


         ________________________


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...