10 July 2014

TERIMA BIL HANDPHONE RM9,000 - DAFI BERANG & TERKEJUT



Perkhidmatan yang diberi tidak selari dengan bil yang diterima!

Begitulah luahan hati Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26. Ini kerana, syarikat telekomunikasi yang dimaksudkannya bukan sahaja tidak mesra pelanggan, malah menganiaya dirinya dengan bayaran mencecah RM9,000.

"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.





"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian sehinggakan bil saya melambung RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati secara umum di laman Instagram," ujarnya kepada media.

Untuk info, kelmarin, Dafi telah meluahkan perasaan di laman sosial mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi warna biru yang bermasalah.

"Say no to XXXXXX! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!" demikian tulis Dafi dalam statusnya itu.

Berikutan itu, ramai pengikut laman sosialnya yang mempunyai masalah sama turut menyokong tindakan tersebut.

Terdahulu, ditanya apakah dia tidak takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi: "Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya.



         ________________________


No comments: