20 August 2014

BINCANG KAHWIN - TEMAN LELAKI NABILA HUDA MOHON RESTU AMY SEARCH?



Mohon restu bapa Nabila Huda untuk berkahwin!

Nampaknya kekasih Nabila (Bert) memang 'Gentleman' apabila didakwa berjumpa Amy Search pada awal Syawal lalu untuk berbincang mengenai rancangan berkahwin dengan Nabila.





Semuanya bermula apabila kepulangan Nabila ke pangkuan Amy dikatakan atas pujukan kekasihnya Bert, seorang pengurus restoran di Damansara.

Lebih menarik, Bert juga khabarnya meminta restu Amy untuk mengambil Nabila sebagai isteri tidak lama lagi. Mungkin kerana itulah dia memohon Abil berbaik semula dengan Amy.



Menurut satu laporan, ketika berada di kampung halaman kekasihnya itu di Johor Bahru, Bert menggunakan kesempatan yang ada untuk berbincang mengenai rancangan tersebut. Tambah laporan itu, Amy dengan senang hati telah menerima hubungan anaknya dengan Bert.

Bagaimanapun, semalam apabila Nabila Huda ditemui dalam majlis pelancaran filem biografi Saloma di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, dia enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Klik gambar untuk size besar


"Maafkan saya. Saya tidak mahu komen," katanya bersahaja.

Untuk info, sebelum ini Nabila pernah memberi kenyataan untuk tidak mengulas apa-apa perkara yang menyentuh mengenai perihal peribadinya untuk tatapan umum. Semuanya gara-gara dia sebelum ini pernah dihentam teruk termasuk hubungannya dengan Amy menjadi renggang akibat isu agama dan kekasih.




         ________________________




No comments: