26 August 2014

HANGAT - EINA AZMAN SAH KAHWINI JEJAKA SIKH MERDEKA INI



Meskipun dilanda kontroversi kerana memilih jejaka sikh sebagai teman hidup, namun itu semua tidak menghalang Eina Azman, 19, untuk berkahwin ketika negara menyambut kemerdekaan.

Untuk info, Eina atau nama sebenarnya Cik Ainur Syakina Azman, bakal melangsungkan pernikahannya pada malam 31 Ogos ini (Ahad) dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Kaiser Gurmeet yang telah mendalami agama Islam kini lebih mesra dipanggil sebagai Datuk Gmix, oleh Eina. Dakwanya, Gmix sudah berminat mendalami agama Islam sebelum mengenalinya lagi.





"Ibu Eina pun banyak menolongnya untuk terus mendalami agama Islam. Dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah lain. Sebelum ini pun, agama tidak pernah menjadi penghalang hubungan kami apatah lagi dia memang benar-benar mahu mendekati agama Islam.

"Apa yang lebih penting dalam hubungan kami ialah restu dari keluarga masing-masing. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan termasuklah urusan kahwin ini," ujar Eina dipetik sebagai berkata kepada media ketika menyerahkan kad kahwinnya.

Eina ketika menyerahkan kad kahwin
Klik gambar untuk size besar


Tambahnya, biarpun berbeza usia 16 tahun, dia tidak melihat itu sebagai satu masalah besar dalam hubungan mereka.

"Eina berharap dengan berkahwin ini segala kontroversi yang pernah terpalit dalam kerjaya seni akan hilang. Eina nak bersih daripada segala kontroversi.



"Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga, ada orang yang boleh jaga Eina. Selepas kahwin pun Eina kena tahu batas.

"Harap perkahwinan ini akan melenyapkan segala fitnah," katanya yang memilih tema Bollywood untuk majlis perkahwinannya.

Manakala bagi majlis persandingan pula , ia hanya akan diadakan hujung tahun ini.




         ________________________




No comments: