21 August 2014

KAHWIN KERABAT - HANS ISAAC 'PERCAYA' PADA GOSIP



"Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?" demikian komen Hans Isaac tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang mengenai Neelofa yang dikhabarkan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Artikel terdahulu:
Menurut Hans, sepanjang dia 'rapat' dengan Neelofa, aktres itu sering berkata yang dia tidak berminat berkawan dengan golongan istana.





"Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk.

"Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat," ujar Hans dipetik sebagai berkata.

"Mengikut pengalaman saya, sebagai selebriti setiap khabar angin yang tersebar sedikit sebanyak mempunyai kebenarannya.

"Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan," soalnya.

Neelofa sekarang - manis berhijab


Terdahulu, mengenai pendedahan Neelofa mengenai hubungan mereka yang dikatakan putus di tengah jalan, Hans akhirnya membuka mulut. Menurutnya, sebelum ini dia tidak mendedahkan perkara tersebut adalah bagi menjaga reputasinya sebagai ahli perniagaan.

"Kami bersetuju untuk tidak umum apa-apa tentang perpisahan kerana kami tidak pernah umumkan percintaan pun. Tiba-tiba dia buat pendedahan dan umumkan tentang perpisahan itu.



"Saya seorang ahli perniagaan dan ada tiga syarikat korporat, jadi saya perlu jaga reputasi saya untuk berurusan dengan hal-hal perniagaan. Bila keluar story tentang putus cinta di surat khabar sedikit sebanyak merosakkan nama baik saya.

"Malah ada rakan perniagaan saya yang sering menjadikan saya sebagai bahan ejekan tentang perkara-perkara remeh itu," jelasnya terus terang.


         ________________________




No comments: