19 August 2014

MASIH TERIMA RAWATAN - ISTERI MAZIDUL AKMAL SIDEK ENGGAN ULAS



Jika sebelum ini ada yang melaporkan bahawa personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek tenat di hospital akibat serangan strok pada Julai lalu, terkini beliau dilaporkan beransur pulih.

Bagaimanapun, bekas pengacara 999 itu dikatakan masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Namun entah mengapa, sumber rapat personaliti itu enggan mendedahkan keadaan kesihatannya secara terperinci.





Akibat tiadanya kenyataan terperinci tentang Mazidul itu, banyak khabar angin tersebar mendakwa Mazidul sebelum ini tenat dan berada dalam keadaan 'induced coma' atau koma sementara.

Namun hingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak keluarga Mazidul berhubung dakwaan berkenaan.

Keadaan Mazidul sebelum ini - klik untuk imej besar


"Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya," ujar sumber ahli keluarga terdekat Mazidul dipetik sebagai berkata kepada media.

Malah usaha media bagi mendapatkan komen daripada isterinya yang dikenali sebagai Fazlin juga gagal apabila wanita berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya.



"Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi," katanya yang masih mahu berahsia.

Difahamkan, hingga kini Mazidul masih bercuti bagi menerima rawatan lanjut di hospital. Malah pihak TV3 juga mengesahkan perkara tersebut dan berharap Mazidul akan cepat sembuh daripada penyakitnya.


         ________________________




No comments: