18 August 2014

PEYAMPAI RADIO ERA RETAK BAHU AKIBAT KEMALANGAN



Malang tidak berbau!

Demikian halnya dengan penyampai radio Era, Adi Fashla Jurami, 36, (Adi AF1) yang retak bahu kiri akibat terbabit dalam kemalangan di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan, Pahang.

Adi yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dikatakan telah terbabas sebelum melanggar penghadang jalan pada pukul 10 pagi.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas.

Adi kemudian telah dikejarkan ke Hospital Bentong untuk mendapat rawatan.





Adi ketika mengacara radio Era



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...