07 August 2014

RAYA KALI KEDUA SEBAGAI SUAMI - KOREA RUMAH KEDUA JEHAN MISKIN



"Family photo with some of my Korean relatives in Seoul. Kham-sa-hamnida for accepting me into your family," demikian kata Jehan Miskin mengenai keluarga isterinya Julie Camelia Rhee, yang amat rapat dengannya.

Tambah Jehan, sebelum berkahwin dia pernah melawat Korea Selatan tetapi sebagai pelancong. Bagaimanapun, setelah berkahwin perasaannya agak berbeza kerana dia kini adalah sebahagian daripada keluarga mereka.

"Saya baru sahaja pulang dari Jepun dan Korea Selatan untuk melawat keluarga isteri.

Klik gambar untuk size besar




"Sekarang, pergi ke mana sahaja di Korea Selatan saya tidak perlu menempah pemandu pelancong kerana terdapat ramai ahli keluarga isteri yang secara sukarela membawa saya berjalan-jalan di sana.

"Bukan setakat berjalan-jalan, saya juga akan diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga. Alhamdulillah, mereka menerima kehadiran saya dengan baik," ujar Jehan dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di majlis pelancaran drama bersiri terbaharu arahannya berjudul 'Seludup'.



Tambah Jehan, Korea Selatan sudah menjadi rumah kedua atau kampung halaman baharu buatnya. Oleh yang demikian, dia bercadang untuk pulang ke negara berkenaan setahun sekali.

"Sebolehnya, saya mahu pulang ke sana setahun sekali menjenguk keluarga isteri. Seronok berada di sana walaupun makanan dan budayanya sangat berbeza," tambahnya.



Terdahulu, menyentuh mengenai Aidilfitri tahun ini, Jehan berkata, kini isterinya menetap sepenuhnya di Kuala Lumpur dan mereka meraikan sambutan raya di Malaysia.

"Sama seperti saya, isteri juga sudah dapat menerima budaya Malaysia dengan baik. Raya tahun ini merupakan kali kedua sebagai suami isteri.

"Rasanya lebih seronok kerana saya akan mengambil cuti yang tidak berapa panjang tetapi akan habiskan masa itu bersama keluarga," ujarnya tersenyum.






         ________________________




No comments: