08 September 2014

AF2014 - HATTAN PENGETUA, FAIZAL & ZIZAN PENGACARA BERSAMA



Masih mengekalkan Zizan Razak, namun pelawak itu kali ini digandingkan dengan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara bersama untuk program Akademi Fantasia 2014 (AF2014).

Terdahulu, penyanyi rock terkenal, Datuk Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 49, diumumkan sebagai Pengetua AF2014.





Turut tersenarai sebagai tenaga pengajar ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Untuk info, dalam Konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor semalam, kesemua 12 peserta yang bertanding tidak disingkirkan pada minggu pertama persembahan.

Klik gambar untuk size besar


Antara peserta yang bertanding ialah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19, Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, Syamila Nuhair Zainordi, 21 dan Walfadhilah Suhaizat, 19.

Juri tetap pada AF2014 kali ini ialah Raja Azura dan Datuk Ramli MS.

Sementara Jihan Muse pula terpilih untuk mengendalikan Diari AF yang dapat ditonton setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam sebelum konsert mingguan disiarkan secara langsung pada setiap hari Ahad, juga pukul 9 malam.






         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...