12 September 2014

AKAN BERTUNANG : SAYA TAK TAHU DIA 'KERABAT RAJA' - SARIMAH



"Pertama kali seumur hidup saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Saya juga tidak pernah tahu yang Jamie berasal dari golongan kerabat diraja," begitulah komen Sarimah Ibrahim, 37, mengenai bakal tunangnya.

Jika benar apa yang dikata Sarimah, kiranya perhubungannya itu ibarat rezeki datang bergolek! Mana tidaknya, selepas mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu, dia bertemu dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42 atau lebih dikenalinya sebagai Jamie.





Namun begitu, awalnya dia tidak menyangka yang Jamie berasal dari golongan kerabat Diraja iaitu cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.

"Ketika itu, saya belum bersedia untuk bercinta. Walaupun menjalinkan hubungan dalam masa yang singkat, namun kami sudah boleh menerima sikap baik buruk satu sama lain," ujar Sarimah yang pada awalnya tidak mengetahui asal usul Jamie.



Untuk info, pertunangan mereka pada 27 September ini akan dilakukan dalam satu majlis tertutup yang hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Namun begitu, tarikh untuk melangsungkan perkahwinan pula masih belum dibincangkan lagi.

Sebagai rekod, Sarimah pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berbangsa Inggeris, Amir Andrew Browning di Dublin, Ireland pada 13 Mei 2006. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka bercerai pada Disember 2008.


         ________________________




No comments: