15 September 2014

TERSINGKIR - WAWA JADI 'MANGSA' PERTAMA AF2014



Tidak dinafikan, saat penyingkiran merupakan saat paling mendukacitakan bagi peserta Akademi Fantasia (AF2014). Saat inilah yang dirasakan oleh peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, (Wawa) yang menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program AF 2014.

Program tersebut telah disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, semalam.

Wawa tersingkir akibat mendapat undian terendah. Dia ketika itu telah menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Klik gambar untuk size besar




Sementara 11 peserta yang masih selamat, mara ke minggu hadapan. Mereka adalah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19, Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, dan Syamila Nuhair Zainordi, 21.

Persoalannya, setelah konsert minggu kedua... adakah AF2014 berjaya menarik perhatian penonton sebagaimana AF sebelumnya? Sebagai penonton, tepuk dada tanya selera!







         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...