Akhirnya pelakon dan penyanyi remaja yang pernah mencetuskan kontroversi kerana isu 'buka tudung', Fiffy Natasya, 21, akan bernikah dengan Muslim Azman, 27... 14 hari lagi di kediaman keluarganya di Putra Height, Subang, Selangor.
Artikel terdahulu:
Sementara majlis persandingan pula akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada hari yang sama.
Untuk rekod, Fiffy dan Muslim yang merupakan seorang pilot di sebuah syarikat penerbangan telah mengikat tali pertunangan pada hujung tahun lalu.
"Dalam tempoh pertunangan itu biasalah kalau ada gaduh manja dan salah faham. Tapi tidaklah sampai berpanjangan. Alhamdulillah kami mampu atasinya. Insya-Allah, tanggung jawab akan lebih bertambah selepas kami bergelar suami isteri.
"Konsep majlis persandingan nanti ada campuran moden dan tradisional. Ia bertemakan Crystal Sparkle kerana ada dekorasi kristal dan sentuhan tradisional itu lebih kepada pakaian yang akan dipakai saya serta tetamu. Saya dan bakal suami akan mengenakan songket.
Klik gambar untuk size besar
"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan," ujar Fiffy dipetik sebagai berkata.
"Lepas bergelar isteri ini saya kena utamakan suami dan rumah tangga. Jadi kenalah pilih watak yang sesuai. Saya kena memilih watak sekarang dengan imej yang saya pilih juga. Niat bertudung ini sudah lama berputik. Sejak tahun lalu dan sebelum nak kahwin lagipun.
"Soal bertudung ini seperti dipermudahkan apabila saya memilih untuk menamatkan zaman bujang. Macam dulu, saya tak boleh bertudung sepenuhnya kerana tak mahu dikatakan cakap tak serupa bikin dengan komitmen berlakon yang memerlukan saya menampakkan rambut," tambahnya.
Bagi yang tidak tahu, Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun apabila dia menganggotai kumpulan nyanyian ala nasyid Wardah. Isu hangat kemudianya tercetus apabila dia 'membuka tudung' demi kerjaya lakonan dan bergambar ala gadis Jepun yang seksi.
Namun begitu, dia akhirnya mendapat hidayah semula apabila kembali memakai tudung sejak lima bulan lalu.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment