Meskipun alunan Akademi Fantasia 2014 (AF2014) agak kurang menyengat, namun rasanya masih ramai yang ambil tahu mengenai perkembangan program terbitan Astro ini.
Dan semalam, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan yang menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal Hafiz Suip menjadi pelajar kedua tersingkir.
Dia yang berada di kedudukan terendah sejak minggu lalu, kecundang apabila namanya diumumkan tersingkir apabila mendapat peratusan undian terendah.
Selain Farez, pelajar yang turut mendapat undian terendah selepas konsert adalah Nina dengan peratusan undian sebanyak 4.76 peratus dan diikuti dengan Zarif iaitu 4.4 peratus.
Manakala pelajar yang mencatatkan undian tertinggi adalah Azwan, 26 peratus, Firman, 15.86 peratus dan Aman dengan 10.34 peratus.
Konsert ketiga AF2014 ini juga dimeriahkan dengan persembahan juara-juara AF yang lalu iaitu Mawi, Zahid, Faizul, Mila dan Hazama di permulaan konsert.
Selain itu pelakon Izzue Islam turut hadir memberikan kejutan buat Ziha yang meminati aktor tersebut dengan menjadi ‘model’ semasa pelajar tersebut membuat persembahan.
Dengan penyingkiran Farez, kini tinggal 10 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment