22 September 2014

AKUI MAKIN AKRAB: KELUARGA SAYA 'MENYENANGI' SHARIFAH ANIS - SHARNAAZ



Bukan mudah untuk seseorang itu mengakui bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan pasangannya. Namun bagi Sharnaaz Ahmad, dia tidak kekok atau malu untuk mengakui bahawa hubungannya dengan pelakon baharu dan model, Sharifah Anis Al Idrus, adalah akrab.

"Saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebihan dan saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu dan sekarang ini hubungan itu lebih 'akrab'.

Sambut hari lahir bersama - klik untuk imej besar




"Keluarga saya juga sangat menyenanginya dan senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilingnya," ujar Sharnaaz dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Anis Al Idrus merupakan model dan pelakon beberapa drama termasuk Gemersik Kalbu, Walit Walid, Selamat Malam Kekasih, Tangisan Bulan Madu 2, Dan Bila Esok serta Cuak. Gadis itu juga adalah pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).

Doa kita, moga kali ini jodoh Sharnaaz akan berkekalan hendaknya. Amin!









         ________________________




No comments: