Pelakon yang tak lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah, 27, naik angin apabila ada pihak yang mendakwa dia bercinta dengan 'Awang Hitam' (Negro). Bukan itu sahaja, malah dia juga didakwa sudah berkahwin secara senyap dengan seorang Datuk. Heh.
"Saya pun tak faham... Angin tak ada, ribut tak ada tahu-tahu orang kata saya bercinta dengan ‘Pak Hitam’ (Negro).
"Tak cukup dengan itu, orang kata pula saya sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang Datuk. Benda tu semua tak masuk akal," jelas Zarina ketika ditemui media pada malam tayangan filem Amir & Loqman, arahan Mamat Khalid bertempat di e@Curve, Damansara, Petaling, Selangor.
"Macam ini lah... kalau betul saya dah kawin, mana suami saya? Siapa dia? Saya sendiri pun tak tahu saya dah ada suami.
"Ya, memang saya marah bila gosip tu keluar. Memang tak masuk akal langsung. Sudahlah saya tidak ada di Malaysia semasa gosip tu timbul.
"Tak ke pelik tu, Ketika orang sibuk bercakap pasal kononnya saya bercinta dengan ‘Pak Hitam’ dan berkahwin secara senyap, saya berada di Indonesia atas urusan kerja. Saya sangat terkejut kerana kawan-kawan semua bertanya mengapa tidak menjemput mereka ke majlis perkahwinan saya,” komennya sambil mengakui yang dia sangat tidak puas hati dan berasa marah terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gosip palsu itu.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment