Meskipun Kamal Adli baru-baru ini kelihatan seolah berlembut dan mendakwa rasa kesal apabila hubungannya dengan Intan Ladyana putus di tengah jalan, namun bagi Intan, dia sudah malas mengulangi cerita yang sama.
Malah katanya, dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal Adli untuk memberi peluang pemuda itu berbincang mengenai hubungan mereka. Bukan jual mahal, tetapi memang sudah hakikat yang mereka berdua sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.
Tambah Intan lagi, sebelum inipun mereka sudah berbincang dan dia sudah menjelaskan sebab hubungan berkenaan perlu diputuskan.
"Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus.
"Nak ikutkan... saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, masih tidak mahu mendedahkan sebab-sebab dia memutuskan hubungannya dengan Kamal kerana menganggap ia terlalu peribadi.
"Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun.
"Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus," katanya yang seolah memendam satu rahsia besar.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment