25 September 2014

KALAU DAH JODOH - ELLY MAZLEIN NIKAHI AZMI HATTA 9 NOVEMBER



Jika sebelum ini pelbagai andaian dibuat terhadap penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, disebabkan dia tidak lagi memakai cincin tunang, namun berita baik akhirnya muncul apabila dia memberitahu akan melangsungkan pernikahan pada 9 November 2014.

Malah sehari sebelumnya (8 November), Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, akan mengadakan majlis berinai sebelum bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta keesokkannya.





Bagaimanapun, menurut Elly, majlis tersebut akan berlangsung serba sederhana disebabkan dia masih sedih dengan pemergian ibunya, Sabariah Ahmad beberapa bulan lalu.

"Pada malam sebelumnya iaitu 8 November nanti akan berlangsung majlis berinai. Selepas akad nikah, Elly akan menziarah pusara mama. Tiada majlis persandingan dan juga resepsi besar-besaran seperti yang dirancang awal kerana Elly masih sedih dengan kehilangan mama," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Sedikit maklumat tentang majlis itu yang diberi, Elly akan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas sebanyak sembilan dulang. Namun jumlah wang hantaran yang bakal diterima dirahsiakan.

Sebagai rekod, Elly dan Azmi mengikat tali pertunangan pada Jun 2011 selepas dua tahun berkenalan. Berkat kesabaran menghadapi ujian, mereka akhirnya berjaya menepis gosip 'putus tunang' yang melanda percintaan mereka.



         ________________________




No comments: