04 September 2014

PERKAHWINAN DENGAN SUAMI DIRESTUI IBU - ALYAH



Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian halnya dengan Alyah yang sebelum ini terpaksa berdiam diri demi merahsiakan perkahwinannya dengan Ramli MS.

Bagaimanapun, selepas rahsia tersebut terbongkar bahawa pasangan ini yang sebenarnya sudah pun berkahwin lebih setahun yang lalu, Alyah tetap tabah menghadapi pelbagai fitnah.

Namun terkini, menerusi Instagram miliknya Alyah seolah-olah meluahkan sesuatu. Jelas Alyah, dia akhirnya mendapat semangat dari kata-kata arwah bapanya yang sering memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam meneruskan hidup.

Ibu dan arwah ayah Alyah - Klik gambar untuk size besar




Tambah Alyah lagi, dia tidak tergugat dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan kepadanya selepas orang ramai mengetahui rahsia tersebut. Lebih-lebih lagi apabila rumah mereka diserbu Jais hingga menimbulkan pelbagai tohmahan.

Menurut penyanyi itu, dia sebenarnya telah mendapat restu daripada ibunya sendiri untuk berkahwin dengan Ramli MS. Maksudnya, mereka bukan kahwin lari atau membelakangkan keluarga dalam soal perkahwinan mereka di Batam, Indonesia.



"Kerana saya memiliki raut wajahnya Maka saya tahu saya mampu melalui segala keperitan ini.kerana dia ada dlm diri saya maka saya tahu saya kuat harungi ini,kerana didikan yg di tinggalkannya maka saya tahu saya bijak menanganinya.

"Kaulah yg akan mencorak masa depan kau sendiri dan jaga tingkah laku jg jaga mak baik baik" itulah kata kata terakhir dia utk saya. Wlu apa yg orng nak lemparkan pada saya,saya terima dgn hati yg terbuka dan pada saya kata kata fitnah, kata kata sinis jg kata kata kesat tidak mengugat pertahanan hati,

"Perasaan jg fikiran saya tapi yg lebih utama d dunia ni adalah ibu saya dan Dgn restu dia saya begelar puan.. Izinkan saya meneruskan hidup dgn pilihan yg saya minta dari Allah swt. Buruk atau baik dia.Dia lah yg menghalalkan saya supaya saya sempurna d mata Allah swt," luah Alyah melalui IGnya.

Dalam soal ini, moga semua pihak dapat menerima status dan keadaan sebenar mereka sebagai suami isteri. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak gitu?


         ________________________




No comments: