25 October 2014

CUBAAN SAMUN - 'TINTED CERMIN' SELAMATKAN DIRA ABU ZAHAR



"Subhanallah... Bila Jalan singkat jadi pilihan hidup, ada yang terleka bahawa ada kehidupan lain yang terkesan. Yes, cubaan untuk menyamun Tapi nasib saya sedikit baik, sebab: 1. Allah masih sayang kan saya 2. Tinted kereta sedikit membantu - Impak cermin pecah tidak Lah teruk mana. 3. Tindakan Cepat tidak panik ( hasil didikan dive master supaya Jgn Cepat panik ketika dalam laut dalam), bikin usaha Si penyamun jadi Sia-sia.

"Misi sang penyamun gagal!! Jadi, anda semua pls berhati2. Jangan leka. Semangat kene kuat k. Walau apa pun berlaku. Kepada sang penyamun, Maaf.... Tidak semua yang Kita rancang akan terlaksana. Jgn lupa Allah SWT Maha.... Jaga diri anda," demikian kata pelakon Dira Abu Zahar selepas berdepan detik cemas apabila cubaan samun ke atas dirinya gagal.

Klik gambar untuk size besar




Meskipun cubaan samun itu gagal, namun kereta miliknya mengalami kerosakan di bahagian cermin akibat dihentak dengan benda keras. Hanya tinted yang ditampal dicermin tersebut berjaya memperlahankan penyamun kerana cermin itu tidak pecah berderai sebagaimana kebiasaannya.

Apapun, tahniah diucapkan pada Dira kerana tidak panik dan mengambil langkah keselamatan terhadap keretanya, terutama dibahagian cermin.





         ________________________




No comments: