13 October 2014

HAMIL 4 BULAN - PIJA MENTOR MASIH AKTIF MENYANYI



Mungkin ramai yang bertanya-tanya ke manakah perginya Pija Mentor selepas dia berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Datu Anwar Datu Amir Kahar pada 21 Mac lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Ini kerana, pada 28 September lalu, satu majlis keraian telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur bagi meraikan teman dan saudara-mara mereka.

Sebenarnya, dalam diam, ada berita gembira daripada Pija atau nama sebenarnya Norafizah Mohd Yasin, 25. Dia memberitahu... dirinya sudah hamil lebih empat bulan.





"Kami kenal sudah empat tahun tetapi hubungan itu tenggelam timbul. Kami jumpa balik tahun lepas. Suami saya seorang yang cool, sporting dan kelakar. Dia semestinya sangat matang. Agak pendiam sikit kalau tak biasa dengan seseorang itu," ujarnya memperkenalkan Datu Anwar.

Menurut Pija, dia sebenarnya masih aktif menerima undangan nyanyian. Malah dia juga kini menganggotai kumpulan The Girls Republic yang diasaskan Awi Rafael. Kumpulan itu turut dianggotai Maisara dan Sarah Ann.

"Saya bertemu dengan Awi Rafael tahun lalu dan dari situ bermulanya kerjasama ini. Selepas bertemu Awi, saya dilihat sudah seperti aktif kembali di arus perdana," tambahnya yang sudah berbulan madu di London beberapa bulan lalu.

Tahniah diucapkan buat Pija!





         ________________________




No comments: