13 October 2014

LEPAS WARIS TOMPEL, KAKAK MELISSA SAILA PULA KRITIK BIOPIK SALOMA



Jika sebelum ini waris Allahyarham AR Tompel dan waris Allahyarham Puan Sri Saloma, melahirkan ketidakpuasan hati mengenai biopik Saloma, terbaru kakak kepada Melissa Saila yang juga anak Seniwati Mariani Ismail, Rozita Rohaizad turut mengkritik adiknya.

Menurut Rozita yang juga penyanyi era 90-an ini, kisah negatif mengenai AR Tompel itu tidak wajar dipertontonkan kerana mendedahkan aib Allahyarham.

"Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi, tak ingat sangat babak dia. Namun, sebagai orang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang lain.





"Tambahan pula, AR Tompel sudah lama tiada dan babak yang menunjukkan dia seorang 'playboy', tak bayar sewa dan suami tidak bertanggungjawab itu tidak wajar dipertontonkan.

"Selain itu, arwah mama (Saloma) juga dilihat seperti ibu yang tak sayangkan anak sendiri. Malah, ada yang kata, menerusi filem itu, arwah mama nampak jahat dan simpan dendam dengan Norizan yang 'curi' Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Anak mama pula macam penagih dadah," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Menurut Rozita lagi, ketika proses pembikinan filem itu, adiknya hanya membuat perbincangan dengan ibu dan kakaknya sahaja tanpa melibatkan keluarga lain.

"Saya ingat dia (Melissa) hanya buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain itu, ibu saudara saya, Mimi Loma, juga kurang senang menonton filem itu," tambahnya tanpa memihak pada sesiapa.



         ________________________




No comments: