16 October 2014

KELAKAR - BABAK TELEFON TERBALIK LARISKAN DRAMA 'CINTA IBADAH'



Inilah dinamakan rezeki. Meskipun hanya babak memegang telefon bimbit terbaik, ia menjadi satu viral di laman sosial hingga dijadikan bahan lawak menerusi parodi.

Itulah yang berlaku pada pelakon Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau Raja Ilya menerusi drama lakonannya dalam drama Cinta Ibadah. Raja Ilya tanpa sedar dikatakan telah memegang telefon bimbit terbalik semasa berlakon.

Ekoran babak itu, drama Cinta Ibadah yang disiarkan di Astro Prima naik mendadak ratingnya hingga 2 juta penonton.





"Yang paling melucukan benda yang dihentam itu jadi tak serius apabila ada yang menjadikannya parodi.

"Naik kelakar jadinya apabila ramai melakonkan babak pegang telefon terbalik itu. Ada di antara pelakon yang membuat parodi termasuk kru.



"Di laman sosial, biasalah ada yang memberikan komen positif dan negatif. Siap ada yang bergaduh sesama mereka di situ," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya terfikir bagaimana boleh jadi macam itu. Memang tak perasan langsung. Tapi benda sudah nak jadi," katanya yang tidak pasti bagaimana kesilapan itu tidak disedarinya.

Ha ha... macam-macam hal!



         ________________________




No comments: