20 October 2014

MESKIPUN PERNAH SAKIT PARU-PARU BOCOR - NIK AHMAD FARHAN JUARA DA'I MUSIM KEDUA



Da'i musim kedua akhirnya sampai kepenghujung apabila pelajar Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran, Universiti Malaya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad, 24, muncul sebagai juara. Beliau berjaya mengalahkan dua finalis lain melalui program Pendakwah Milenia terbitan TV3 itu.

Untuk info, Nik Ahmad Farhan, berjaya menewaskan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazrui, 22 dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail, 25.





Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta hadiah tajaan pakej umrah sumbangan Clixter Mobile dan Myrezqi Sdn Bhd, Amanah Saham Pendidikan sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB), barangan hiasan sumbangan Little Egypt, cenderahati dan kontrak bersama TV3.

"Kemenangan ini anugerah dari Allah selepas saya berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran termasuk diserang penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) pada minggu kelima," ujarnya.

Apa yang menarik, trofi kemenangan telah disampaikan oleh ibunya sendiri, Zakiah Zakaria.





         ________________________




No comments: