01 November 2014

14 GAMBAR - CHE TA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL'



Tahniah diucapkan buat Zain Saidin kerana isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri hari ini.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal dan mereka berdua dalam keadaan baik.

Klik gambar untuk size besar




"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.

"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujar Afiq dipetik sebagai berkata.

Tambah Afiq, sebelum menghantar Che Ta ke pusat perubatan, dia sempat bersarapan bersamanya.




























         ________________________




No comments: