18 November 2014

EMPAT KALI CERAI - SHIMA ENGGAN FIKIR SOAL KAHWIN



Empat kali kahwin, empat kali bercerai!

Begitulah suratan takdir yang harus dilalui oleh penyanyi popular 1990-an, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45.

Kali terakhir dia bercerai ialah dua tahun lalu selepas mengahwini rakyat Kanada pada tahun 2003. Perceraian itu merupakan perceraiannya kali keempatnya... oleh yang demikian, kini dia tidak mahu lagi memikirkan soal pasangan hidup.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, Shima juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Selepas itu, dia berkahwin pula dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

Aksi Shima sebelum konsert pengenalan Gegar Vaganza


"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," tambah Shima yang tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan Allah bertemu dengan jodoh lain.

Shima ketika hadir sidang akhbar Astro






         ________________________




No comments: