27 November 2014

ISU GAMBAR CUMBU : "SAYA TAK TAHU GAMBAR SIAPA" - TAUKE JAMBU



Ekoran tersebarnya gambar tak senonoh yang diambil daripada kad memori telefon yang dibaiki, ramai yang menuduh Tauke Jambu sebagai empunya diri.

Memetik laporan 'Harian Metro', Tauke menafikan yang dia pernah memiliki gambar sebegitu rupa. Dakwanya:

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil. Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.

Klik gambar untuk size besar




Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.



Ini bukan perkara baru sebab seingat saya sebelum ini (pelawak) Nabil juga pernah terkena sabotaj begini. Jadi saya tak perlu panik selagi benda tak sahih.

Cuma saya percaya apa yang berlaku ini adalah satu tamparan yang mahu menjejaskan tumpuan saya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sekarang.


Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Tauke. Mana tahu ada pihak yang cuba nak sabotaj dirinya yang sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega?

Apa-apapun, sabar ajalah Tauke. Bak kata pepatah, berani kerana benar... takut kerana salah!



         ________________________




No comments: