26 December 2014

5 GAMBAR - A RAHMAN HASSAN & FADILAH MANSOR KINI SAH SUAMI ISTERI



Akhirnya, pasangan emas A Rahman Hassan, 67, kini sah bergelar suami kepada dramatis Fadilah Mansor dengan sekali lafaz. Majlis nikah yang berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur semalam dihadiri kira-kira lebih 400 tetamu.

Untuk info, majlis tersebut disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.

Pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah bersama lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Klik gambar untuk size besar




Sementara pihak perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya atas sebab-sebab tertentu.

Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab dan ramai artis lain turut hadir memeriahkan majlis.

"Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," kata pasangan berkenaan yang ditemui media.



Mereka berdua turut bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

"Saya berharap perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan isteri saya," tambah A Rahman.

Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.









         ________________________




No comments: