11 December 2014

DAKWA DISAMPUK - ALIFF AZIZ MENGAKU MENGAMUK & TUMBUK PEKERJA HOTEL



Jika sebelum ini penyanyi seberang Aliff Aziz menafikan yang dia pernah mencuri telefon bimbit dan mendakwa terpaksa mengaku kesalahan akibat undang-undang Singapura yang berlainan, terbaru... dia diselubungi kontroversi lagi!

Kali ini Aliff dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat ibu negara hingga polis terpaksa campur tangan bagi meleraikan kekecohan.

Bila ditanya media mengenai insiden itu, Aliff mengakui kebenarannya tetapi mendakwa ketika itu dia tidak sedarkan diri akibat disampuk.

"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.

Klik gambar untuk size besar




"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi," ujar Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, dipetik sebagai berkata.

Untuk info, pada Isnin lalu penyanyi itu dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.



Lebih hangat, ada mulut yang mendakwa Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis apabila penyanyi itu mengamuk dan menumbuk pekerja hotel.

Bukan setakat pekerja dan pelanggan yang ada di situ menyaksikan kejadian tersebut, malah ia turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel itu.

Aliff bersama adiknya ketika AIM


"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.

"Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya.

"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.

"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," tegasnya yang mendakwa sedang melakukan rawatan tradisional di Singapura bagi mengembalikan semangatnya.



         ________________________




No comments: