19 January 2015

AJL29 - LAGU 'APA KHABAR' DINOBATKAN SEBAGAI JUARA



Ramalan segelintir pihak bahawa Alyah sengaja membuat kontroversi untuk meraih kemenangan melalui lagu 'Sesal Separuh Nyawa' nyanyian Alyah (Alfie Alwi & Aidil/Shah Shamshiri & Alyah) di Anugerah Juara Lagu ke 29 ternyata meleset.

Sebaliknya tanpa diduga, lagu irama Hip Hop 'Apa Khabar' ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow muncul sebagai pemenang AJL29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Selain trofi, mereka berdua turut memenangi wang tunai RM50,000.

Shila Amzah yang merajuk pada ABPBH2015 pula berjaya muncul sebagai naib juara dengan lagu berjudul 'Masih Aku Cinta' yang dicipta sendiri olehnya sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Klik gambar untuk size besar




Sementara tempat ketiga pula jatuh pada lagu ciptaan Tam Spider berjudul 'Di Pintu Syurga' yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah. Selain membawa pulang trofi dan wang tunai RM20,000, Dayang turut terpilih sebagai Vokal Terbaik dan mendapat tambahan RM12,000.

Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) :
1. Juara – 'Apa Khabar', Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – 'Masih Aku Cinta', Shila Amzah
3. Tempat Ketiga – 'Di Pintu Syurga', Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers.






         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...