21 January 2015

BUKAN MUDAH BERPOLIGAMI - BADE MASIH BELAJAR BERLAKU ADIL



Bukan mudah berpoligami!

Begitulah luahan hati Bade Haji Azmi bila disentuh soal perkahwinan keduanya dengan Aida Abdul pada awal tahun 2014 lalu. Menurut Bade, tanggungjawabnya sebagai suami bertambah besar selepas mempunyai dua buah keluarga.

"Saya kini dalam proses belajar untuk berlaku adil dalam menguruskan kedua-dua buah keluarga itu," ujarnya.

Klik gambar untuk size besar




"Sekarang saya sibuk ke arah untuk cuba memberi ahli keluarga faham dan menerima antara satu sama lain.

"Saya tidak paksa mereka untuk bermesra-mesra kerana bagi saya hubungan itu akan lahir sendiri tanpa perlu paksaan.

"Sekarang saya bagi masa kepada mereka untuk mengenali terlebih dahulu. Buat masa ini saya sudah melihat perkembangan positif terutama antara kedua-dua isteri saya.



"Tentang anak-anak itu tiada masalah kerana lima orang anak saya itu sudah besar dan faham, malah mereka turut menerima adik yang baru lahir ini," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Mstar Online.

Tambah Bade, anak-anaknya juga sudah mula terima dan faham cuma dia tidak boleh terlalu banyak memuat naik gambar adik dia sebab nanti anak yang lain cemburu.

"Saya sudah tua untuk menunjukkan rasa gembira yang terlalu sangat ketika mendapat cahaya mata baru.

"Apa-apa pun ia tidak bermakna saya tidak menghargainya, sebaliknya saya bersyukur dengar rezeki yang Allah berikan pada usia ini," jelasnya.



Sumber: Mstar Online



         ________________________




No comments: