30 January 2015

DAKWAAN MILIKI DADAH - ZAMANI MENGAKU TIDAK BERSALAH



Zamani Slam, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani,32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Mereka berdua membuat pengakuan itu semalam selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu dan Nur Juliana didakwa bersama-sama dalam milikan mereka dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor 1, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 Januari 2015.





Untuk info, Zamani turut didakwa mengambil dadah jenis morphine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 2 pagi, tarikh yang sama.

Nur Juliana juga turut didakwa melakukan perbuatan yang sama dengan memberikan kepada dirinya dadah jenis amphetamine pada 2.05 pagi di tempat dan tarikh yang sama.

Mereka berdua kemudian dibenarkan diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudian telah menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan kes.



Sumber:HMetro


         ________________________




No comments: