06 January 2015

EMMA & ZIZAN PUTUS CINTA - KALI INI BENAR-BENAR?



Awalnya kami macam tak percaya dengan kisah putus cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang dipaparkan media. Maklumlah... masing-masingkan 'pandai berlakon' dan hubungan mereka pun nampak macam okey je selama ni.

Bagaimanapun, berita kali ini nampak macam real pula apabila khabarnya hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Dakwa si pembawa berita, si perempuan sudah tawar hati dengan pihak lelaki. Apa cer?

Malah Utusan Malaysia juga melaporkan semalam yang Emma Maembong sendiri telah meminta Zizan supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi. Itu lapor Utusan la.

Klik gambar untuk size besar




Menambahkan lagi gosip yang ada, Emma dilihat telah terbang bercuti ke Pattaya, Thailand bersama rakan rakan. Mungin untuk menenangkan hati agaknya. Heh.

Terdahulu, Emma turut memuat naik klip lagu berjudul 'Already Gone' nyanyian Kelly Clarkson menerusi Instagramnya. Pastinya ramai yang sedia maklum bahawa lagu tersebut adalah lagu rasmi orang muda yang patah hati atau dalam kata lainnya kecewa gila.

Harap-harap gosip ni tak benarlah hendaknya. Bukan apa, sayang juga melihat cinta yang dipupuk sekian lama melayang begitu sahaja. Tapi kalau benar... sabar je la!

Emma cari ketenangan di Pattaya


Sorang je ke?








Idung sama cam Zizan lak...




         ________________________




No comments: