02 January 2015

HOS SOLO NONA TV3 - FOUZIAH GAUS GANTI NEELOFA & FARA



"Happy New Year 2015!! Salam Maulidur Rasul.. Syukur Alhamdulilah permulaan tahun baru 2015 yang cukup indah.. Semoga perjalanan tahun baru ini lebih bermakna. Saya mengharapkan sokongan yang positive dari anda.. Segala kekurangan akan saya belajar dari masa ke semasa untuk yang terbaik buat penonton Nona tv3," demikian kata Fouziah Gous yang terpilih menjadi hos Nona TV3 bagi tahun 2015 secara solo bagi menggantikan Neelofa dan Fara Fauzana.

"Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.

"Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.

Klik gambar untuk size besar




"Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Katanya lagi, dia tidak menyangka akan mengemudi Nona seorang diri. Bagaimanapun, atas sokongan penerbit Bariah termasuk hos otai di TV3 seperti Ezzah Aziz Fawzy dan Nurfarahin Jamsari, dia jadi kurang gementar.



"Bayangkan betapa teruja dan semangat, bangun pagi atau duduk saja saja di mana mana, skrip Nona menjadi teman akrab di sini. Saya juga banyak membaca untuk menambah pengetahuan.

"Saya juga sanggup turun padang dan bukan sekadar hos semata mata. Tak lama lagi saya dan pasukan Nona akan turun ke Kelantan untuk membuat liputan mangsa bencana banjir di sana," ujarnya.





         ________________________




No comments: