14 January 2015

PELAKON RIEZMAN KHUZAIMI BERCERAI TALAK SATU



Sudah tiada jodoh!

Demikianlah halnya dengan pelakon Riezman Khuzaimi yang sah bercerai talak satu dengan isterinya, Kartina Ayoob di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor petang semalam.

Riezman atau nama sebenarnya, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin dalam keadaan sebak selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.





Sebelum lafaz, Riezman dan isterinya sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir.

Difahamkan, mereka mengambil keputusan tersebut kerana sudah tiada persefahaman antara mereka lagi.

Klik gambar untuk size besar




Sumber: Harian Metro



         ________________________




No comments: