16 February 2015

10 FOTO - HANIS ZALIKHA & HAIRUL CARI BARANGAN KAHWIN KELILING DUNIA



Waahhh... bukan main pusing satu dunia Hanis Zalikha dan kekasih hatinya Hairul. Khabarnya, mereka baru-baru ini sibuk mencari barang untuk kegunaan majlis perkahwinan mereka nanti. Kelass gitu!

Untuk info, pasangan dua sejoli ini telah ke luar negara minggu lalu bagi memilih cincin kahwin di Dubai, sesi penggambaran pra perkahwinan di Paris, termasuk mencari kain di Jakarta, Indonesia.

"Sebenarnya memang saya telah me­rancang sebelum berkahwin, saya ingin membawa keluarga pergi bercuti. Kebetulan sudah berada di sana, lebih baik terus beli barang perkahwinan. Ibu bapa saya pula meminta saya membawa Hairul sekali.

Klik gambar untuk size besar




“Ada juga beberapa barang penting yang harus mendapat persetujuan daripadanya seperti cincin. Saya te­lah ke London dan Paris selama 10 hari. Selepas itu, saya terus ke Jakarta bersama ibu Hairul membeli kain untuk baju perkahwinan," ujar Hanis dipetik sebagai berkata melalui Kosmo!.

"Harga barang kemas yang lebih murah di luar negara mendorong saya membeli di sana selain lebih berkualiti.

"Kedua dua belah pihak keluarga sudah bertemu dan berbincang soal perkahwinan namun masih belum mempunyai kata putus tentang tarikh majlis berlangsung atau sama ada kami bakal bertunang atau tidak," tambahnya.





















         ________________________




No comments: