04 February 2015

10 GAMBAR - AKSI BAKAL PENGANTIN YANA & HANEZ DI BANGKOK



Umum memang sedia maklum yang Yana Samsudin dan Hanez Suraya bakal berkahwin tidak lama lagi. Dan sebagaimana pasangan lain, mereka juga sedang sibuk membuat persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan mereka nanti.

Antara tempat yang dilawati oleh mereka baru-baru ini ialah Bangkok, Thailand di mana mereka dilihat banyak memborong kain. Menariknya, mereka turut ditemani pereka fesyen Zery Zamry dan Wanpa yang bakal membuat busana serta rekaan-rekaan yang lain.

Selain ditemani ibu tersayang, bakal suami Hanez iaitu Romie Razin Adilha, serta bakal adik iparnya turut terbang bersama.

Yana & Hanez di Bangkok
Klik gambar untuk size besar




Untuk info, antara kedua-dua artis ini, Yana yang akan bernikah awal berbanding Hanez dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari di Yong Peng, Johor. Khabarnya, Fadzil telah menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 lalu.

Sementara Hanez sah akan bernikah pada 14 Mac depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis berinai pula akan diadakan di kediaman keluarga Hanez di Seremban.





















         ________________________




No comments: