04 February 2015

INGIN RUJUK - RIEZMAN KHUZAIMI SUNYI TANPA KARTINA AYUB?



Ramai yang mendoakan agar Riezman Khuzaimi dan bekas isterinya Kartina Ayub dapat berbaik semula kerana merasa sedih dengan penceraian mereka. Malah ada yang menitiskan air mata disebabkan usia perkahwinan Riezman dan Kartina sudah begitu lama (sejak 24 Februari 2001).

Bagaimanapun terkini, mungkin berita ini dapat menceriakan peminat Riezman kerana khabarnya pelakon itu ingin rujuk kembali dengan bekas isterinya.





"Saya dan bekas isteri kini masih berkawan dan tidak pernah bermusuhan. Kawan tetap kawan untuk anak-anak.

"Akan rujuk dan saya sentiasa berdoa dengan izin Tuhan kalau dijodohkan semula sebab bukan baru dah lama. Benda ini jadi pun macam tak percaya. Tapi kita kena yakin kuasa Allah," jelasnya yang kini agak kekok apabila terpaksa melakukan kerja-kerja rumah sendirian tanpa 'isteri' di sini.

Doa kita, semoga hajat dan niat baik Riezman itu akan dimakbulkan Allah. Amin.





         ________________________




No comments: