05 February 2015

HAFIZ SUIB KENA SLIPPED DISC - HARAP PERTUNANGAN DIPERMUDAHKAN



"Ya Allah, kau permudahkan segalanya buatku," demikian doa Hafiz Suib apabila diserang sakit tulang belakang (slipped disc).

Untuk info, Hafiz telah dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor selama empat hari. Malah Doktor juga menyarankannya agar berehat selama seminggu sebelum meneruskan aktiviti seni.

"Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Kali terakhir Hafiz terbabit di arena seni adalah menerusi program Mentor Legend di TV3.

Mengenai majlis pertunangannya pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching dengan gadis yang dikenali sebagai Effy, menurut Hafiz dia berharap semuanya akan dipermudahkan nanti.

"Insya-Allah. Kita sama-sama doakan yang terbaik," katanya ringkas.






         ________________________




No comments: