05 February 2015

SELEPAS MLM 2014 AKHIR - MELATI ZERO AKAN BERKAHWIN



Melihat wajahnya sahaja ramai yang sudah tersenyum dan merasa kelakar, apatah lagi bila menyaksikan lawaknya. Siapa lagi kalau bukan salah seorang anggota kumpulan Zero iaitu Syaiful atau nama lawaknya 'Melati'.

Apa menarik, dia akan menamatkan zaman bujang selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 Jumaat ini.

Menurut Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Doli Sharif, 25, dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari ini.





"Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin.

"Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

Sementara itu, abangnya Sharif dan Atu turut gembira kerana bakal menerima kakak ipar.

Tahniah diucapkan buat Syaiful.







         ________________________




No comments: