18 February 2015

23 TAHUN DALAM SENI - AC MIZAL BAKAL PUNYAI STESEN TV SENDIRI



"Dalam dunia perniagaan ini, kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masanya untuk saya punyai stesen TV pula," ujar AC Mizal mengenai projek TV sendiri yang sedang diusahakannya.

Difahamkan, stesen TV online itu adalah yang pertama di Malaysia dan akan beroperasi sekitar Mac ini.

"Saya mendapat idea untuk membuka stesen TV online ini selepas 23 tahun saya terlibat dalam dunia hiburan dan ingin memberi peluang kepada bakat baru.





"Tak salah kalau benda ini jadi platform untuk artis baru dan tiada lagi rancangan nyanyian. Yang ada sekarang hanyalah Muzik Muzik dan acara anugerah sahaja," jelasnya yang akan tetap meneruskan pekerjaannya sebagai pengacara seperti biasa.

Tambah AC, walaupun projeknya itu agak susah, tetapi dia sudahpun meminta pandangan dari pihak Astro mengenai perkara ini.

"Lagipun saya merupakan artis Astro dan ini tidak akan menganggu kerja-kerja saya yang lain. Memang susah apabila mahu membuka sebuah stesen baru iaitu dari segi pemasaran. Astro ada juga membantu dari segi pengalaman," kata AC yang masih merahsiakan kos keseluruhan membina syarikat penyiaran itu.

"Dari segi kos... ianya memang besar kerana kita perlukan kamera dan lain-lain peralatan untuk mengikut standard yang sedia ada," ujarnya dipetik sebagai berkata.












         ________________________




No comments: